Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pengacara, Farah Adeeba
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pengacara Farah



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 19-Jan-2007 02:09
Program Cari Menantu di TV9, setiap Khamis (9.30 mlm)
Cari Menantu temui penonton di TV9

Oleh Mohd Nasif Badruddin

JIKA program realiti Mencari Cinta yang disiarkan tidak lama dulu mengundang kontroversi, Cari Menantu mahu tampil sebagai pengisian positif untuk penontonnya dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin, penggiat budaya, ulama dan mufti.

Ia penting supaya rancangan ini tidak terpesong dari segi kandungannya di samping boleh memberi panduan dan memenuhi keperluan masyarakat secara keseluruhannya selain menghiburkan.

Idea penghasilan program ini lahir daripada Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda dan Penerbit Eksekutif TV9 bagi Program Agama, Wan Alias Abdullah. Objektifnya untuk mengetengahkan konsep adat resam dan kebudayaan. Ia kini bersedia menemui penonton TV9 mulai hari ini, jam 9.30 malam.

Bukhari berkata, hampir setengah tahun juga mereka memikirkan idea dan konsep program ini. Cari Menantu menekankan sebuah program yang mempunyai nilai keIslaman dan tatacara membina rumahtangga mengikut nilai dan budaya tempatan.

“Rancangan ini akan mengumpulkan pasangan bakal pengantin untuk bersaing menjadi pasangan terbaik menuju alam berumah tangga.

“Konsepnya berkisar kepada proses memberi persediaan dan ilmu pengetahuan kepada pasangan yang hendak berkahwin, sebagai bekalan mereka menempuh kehidupan berumah tangga.

“Format ini membawa krew Cari Menantu menjelajah ke seluruh negara, mencari pasangan terbaik untuk dipilih bersaing dalam episod sebenar. Lebih seratus pasangan hadir diuji bakat.

“Kebanyakan daripada mereka dilihat cukup bersedia menjawab segala soalan yang dikemukakan juri profesional. Sudah tentu ia bukan satu tugas mudah untuk juri memilih pasangan yang paling layak untuk menyertai rancangan Cari Menantu,” katanya.

Katanya, daripada uji bakat, pasangan yang dipilih bertanding dalam episod sebenar akan melalui pelbagai kursus dan tugasan mengenai ilmu berumah tangga seperti cara menguruskan rumah tangga, menguruskan perbelanjaan keluarga, cara mengambil hati mertua, adab dengan ipar duai, petua kesihatan dan sebagainya.

Dalam melalui beberapa tugasan, proses penyingkiran akan dilakukan. Pada tahap ini nasib peserta akan ditentukan juri professional dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

Setiap acara yang mengaitkan ujian, upacara merisik, bertunang, nikah dan kemudian bersanding akan dilakukan di tempat yang berbeza tetapi disiarkan dalam episod yang sama. Majlis persandingan ketiga-tiga pasangan ini ditaja oleh TV9.

“Bagi pemenang, hadiah perkahwinan yang menanti mereka adalah barangan kemas sumbangan Habib Jewel yang semuanya bernilai RM100,000, tiga pakej berbulan madu ke luar negara, sebuah kereta yang bernilai lebih RM70,000 sumbangan DRB Hicom di samping pelbagai hadiah menarik yang lain,” katanya.

Cari Menantu dihoskan Farah Adeeba Mohd Ashraff.

http://www.tv9.com.my/index.html

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.